Merbok, 04 Feb - Jamuan Tahun Baru Cina ADUN Tanjong Dawai yang diadakan di Dewan Bola Keranjang MCA Merbok di sini mendapat sambutan menggalakan dari pelbagai lapisan masyarakat. Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjong Dawai telah dihadiri hampir 400 orang dari pelbagai kaum.
Kemeriahan Tahun Baru Cina yang disambut lebih seminggu lalu menjadi tarikan kepada semua untuk turut memeriahkannya menggambarkan suasana muhibbah masyarakat berbilang kaum di Malaysia dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni tanpa mengira fahaman politik.
Majlis yang bermula jam 7 petang ini diserikan dengan pertunjukan tarian singa turut dihadiri Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chow, pimpinan NGO dan beberapa pemimpin masyarakat cina.
Pelbagai juadah disediakanantaranya nasi bukhori, bihun goreng, kacang dan limau. YB Dr Hamdan juga turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang miskin dari keturunan cina india dan juga melayu. Selain itu kanak-kanak turut bergembira apabila menerima 'ang pow' dari YB mereka.
tarian singa menyambut tetamu
ucapan Tahun Baru Cina
Hu Pang Chow turut berucap
David Lim antara aktivis kaum cina yang banyak membantu
wakil masyarakat cina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan