ALOR SETAR – Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) dengan kerjasama Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah menganjurkan Majlis Himpunan Mahasiswa dan Ijtima Aidil Adha yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, di sini.
Seramai 700 mahasiswa serta pelajar dari pelbagai universiti, kolej, maktab serta sekolah menengah di seluruh negeri kedah menghadiri majlis tersebut.
Majlis ini mempertemukan dua golongan yang merupakan tonggak kepada kemajuan serta pembangunan negeri, iaitu antara mahasiswa dengan Kerajaan Negeri Kedah, dengan satu hasrat, merapatkan hubungan antara mahasiswa dengan Kerajaan Negeri bagi mencapai matlmat Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berbesar hati merasmikan majlis tersebut serta pelancaran PERSADA Kedah, merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 29 Ogos 2008.
Antara objektif penubuhan PERSADA adalah menganjurkan sebarang aktiviti kebajikan bagi mahasiswa anak-anak Kedah yang berada di dalam serta luar negara, melaksanakan kerja ke arah pengupayaan mahasiswa dan masyarakat melalui peningkatan ilmu, kemahiran dan daya membangun nilai-nilai murni serta menganjurkan kerjasama dengan badan-badan di peringkat negeri serta dan juga nasional.
Selain daripada itu, ia bertujuan menghimpunkan seluruh mahasiswa Kedah di dalam serta luar negara bagi mengeratkan silaturahim serta bertindak sebagai wadah yang dapat mengembleng mahasiswa Kedah di seluruh Malaysia dan di luar negara untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ahli Mesyuarat Kerajaan selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan, YB Dr Hamdan Mohamed Khalib, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya serta Presiden PERSADA, Mohd Faisal Mustaffa

Tiada ulasan:
Catat Ulasan