Pusat Khidmat
Wakil Rakyat (DUN) Tanjong Dawai sekali lagi meneruskan program tahunan iaitu
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012. Kali ini, Pekan Merbok menjadi
destinasi sambutan selepas Pekan Semeling dan Tanjung Dawai menjadi lokasi
sambutan bagi tahun-tahun sebelum ini. Sambutan kali ini dimulakan selepas
Solat Maghrib dan menggamit kehadiran masyarakat Merbok tidak kira bangsa
termasuk masyarakat sekitar. Sambutan kali ini seperti biasa diserikan denga tarian
singa yang menyambut kehadiran para tetamu. Antara pimpinan yang hadir ialah
ADUN Sidam merangkap Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan
Pengangkutan Negeri Kedah, YB Tan Chow Kang dan Pimpinan Pakatan Rakyat lain
iaitu Ir Zamri Yusof. Majlis tamat pukul 11 malam dan anak-anak cukup gembira
dengan sumbangan ang pow yang diterima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan