Tanggal 2 Disember 2011 telah berlangsungnya Program Santapan
Mahabbah Di Pekan Tanjung Dawai. Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat
Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai bersama Persatuan Anak-Anak Kelantan
Perantauan (PERAKAN). Program yang bertujuan untuk meraikan anak-anak Kelantan
yang menetap di Tanjung Dawai dan masyarakat setempat amnya turut menganjurkan
beberapa pengisian antaranya Pameran oleh PKWR dan agensi kerajaan,
pemeriksaan kesihatan percuma, jamuan rakyat dan pertunjukan silat. Serentak
dengan itu, Pertubuhan Belia Merbok (PERELOK) telah menjayakan Mini Motor Cross
Belia Sejahtera yang menghimpunkan penunggang-penunggang handalan seluruh zon
utara. Lebih membanggakan, masyarakat setempat dan peserta inginkan program
Mini Motor Belia Sejahtera dianjurkan lagi kerana sambutan yang amat
menggalakkan. Kemuncak program ialah Persembahan Dikir Barat Sri Manjong
bersama Jen Endoro dan ceramah motivasi oleh Saudara Bob Lokman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan