Urusan HAK dan NGO ini adalahurusan yang terpenting bagi menjamin peluang Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi DUN N25 Bkit Selambau seterusnya mengukuhkan kekuasaan di Negeri Kedah.
Pejabat operasi jawatankuasa ini telah dibuka di Zon Kenangan, Bandar Amanjaya di Sungai Lalang dan dijangka akan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS pada 15 Mac akan datang.
Persediaan rapi telah diatur dengan jumlah AJK yang mantap, petugas tetap dan kemudahan lengkap disediakan bagi melancarkan perjalanan jentera pilihanraya bagi memenangi hati kaum bukan melayu.
Tugas sebagai pengarah akan menjadikan Dr Hamdan yang telah sedia sibuk dengan tugasan harian sebagai EXCO dan ADUN bertambah ketat jadualnya. Diharap semua dapat memberi kerjasama kepada beliau supaya tiada masalah timbul dan semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan