Sudah banyak kali saya terima aduan dan rungutan orang ramai, terdapat banyak permis perniagaan yang menjalani perniagaan tidak bermoral dan menggunakan orang-orang upahan untuk menjaga kepentingan perniagaan mereka. Tanggal 09 Mei, 2009, jam lebih kurang 11.30 malam, terdapat sebuah kedai KODAK EXPRESS Foto Angel di Taman Cemara, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Saya telah ke lokasi tersebut dan diapati benar aduan yang saya terima. Terdapat ramai anak muda melayu yang keluar masuk dalam permis tersebut untuk perjudian melalui mesin kuda dan lain-lain aktiviti tidak bermoral. Untuk masuk dalam pusat perniagaan tersebut bukan senang. Taukeh perniagaan tersebut menggunakan orang upahan untuk mengesan pihak berkuasa daripada menggambil tindakan undang-undang. Maklumat orang ramai yang cuba mengintip perniagaan tersebut, seolah-olahnya ada pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan permis tersebut. Supaya orang ramai tidak bersangka buruk terhadap pihak berkuasa tempatan atau pihak berwajib, sewajarnya tindakan undang-undang yang sedia ada diambil termasuk lain-lain permis yang bermasalah di bawah Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK). Orang ramai minta pihak exco bertanggungjawab bertindak segera untuk memastikan Negeri Kedah benar-benar menjadi KEDAH SEJAHTERA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan