Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PPANK) telah menjalin hubungan baik dengan Yayasan Jepun sejak dari tahun 1994 lagi dan kerjasama ini adalah melalui sumbangan peralatan audio visual yang bernilai 36 juta Yen oleh Japanese Cultural Centre yang membantu mempelbagaikan perkhidmatan di PPANK. Hubungan ini sekaligus dapat meningkatkan dan memperbaiki perkhidmatan perpustakaan bagi menepati kepuasan pelanggan dan melalui program penajaan Perpustakaan Yayasan Jepun pada tahun 1996, PPANK juga telah menerima sumbangan buku yang bernilai 200,000 yen.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib menjelaskan, perkongsian pintar yang dilaksanakan di antara PPANK dan Yayasan Jepun ini adalah merupakan usaha murni dalam mempengaruhi pembentukan pemikiran, toleransi, hormat-menghormati dan pemahaman di antara negara, bangsa dan agama.
Menurutnya, pada hari ini, PPANK bakal melakarkan satu lagi peristiwa bersejarah dengan menganjurkan Minggu Filem Jepun dan dalam era globalisasi serta liberalisasi ini adalah satu idea yang baik apabila PPANK berusaha menganjurkan Minggu Filem Jepun ini yang dapat secara tidak langsung membantu mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Jepun.
“Saya berharap agar hubungan ini dapat diteruskan dalam mempromosikan budaya kedua-dua negara terutamanya di kalangan anak-anak muda,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Minggu Filem Jepun di Auditorium PPANK, Jalan Kolam Air, di sini.
Beliau berkata, Festival Filem Jepun ini juga diharap dapat menjadi pencetus kegemilangan dalam proses pengkaryaan serta meningkatkan pembudayaan serta apresiasi terhadap filem dan program ini juga, secara tidak langsung berjaya memupuk dan merapatkan hubungan antara dua institusi ini.
Acara seumpama ini, katanya, boleh dijadikan landasan untuk membuka minda dan pandangan masyarakat secara positif terhadap negara Jepun umumnya dan khususnya masyarakat mereka.
“Saya juga merasakan program seperti ini juga tidak kira dari negara manapun, ia mampu mengangkat martabat dan maruah sesuatu bangsa di mata masyarakat global sekiranya ia berjaya melangkaui batasan minda, budaya dan sempadan antarabangsa,” ujarnya.
Tambahnya, ia juga diharap mampu memelihara persahabatan lebih rapat di kalangan antara negara yang secara tidak langsung dapat meraikan kepelbagaian budaya dan penghidupan.
PPANK, jelasnya, ingin mendekati golongan masyarakat di negeri ini melalui aktiviti seperti ini agar dapat mengangkat serta mengiktiraf perpustakaan sebagai pusat maklumat walau dalam bentuk apa sekali pun. “Langkah mengadakan kerjasama di antara PPANK dan Yayasan Jepun dapat menggalakkan pertukaran maklumat dan idea dalam menyalurkan perkhidmatan perpustakaan,” katanya.
YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib berpandangan, Minggu Filem Jepun yang diadakan pada kali ini boleh dianjurkan sebagai aktiviti tahunan kerana ia mampu bersandar kepada aktiviti-aktiviti perpustakaan yang rancak dijalankan.
Sekiranya ia dijalankan secara professional dan mendapat sokongan dari pelbagai institusi, beliau yakin aktiviti ini mampu menarik sejumlah keahlian di perpustakaan ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan