LANGKAWI - Tagline ‘pemimpin berjiwa rakyat’ telah dibuktikan oleh EXCO dan YB Kedah. Seramai 5 orang EXCO dan YB yang terdiri daripada Dato’ Fakhrurazi EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr Hamdan EXCO Belia Sukan, Kesenian dan Warisan Kebudayaan, YB Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap, YB Yahya Abdullah ADUN Jeneri dan YB Nasir Mustapa ADUN Kubang Rotan, telah bersama-sama dengan aktivis LANDAS Langkawi meninjau pusat hiburan di Langkawi.
Antara pusat hiburan yang dimasuki oleh para aktivis pada malam tersebut ialah, Para Bara di Langkawi Fair, Top 10 di Tiara bersebelahan dengan Hotel Bella Vista, Dangdut Nagoya atau lebih dikenali dengan jolokan mini hatnyai Malaysia dan beberapa lagi pusat hiburan disekitarnya.
Daripada hasil tinjauan tersebut didapati banyak pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen. Manakala pengunjung pusat-pusat hiburan majoritinya adalah dari kalangan Melayu selain warga asing.
Dilaporkan Dr Hamdan selaku EXCO turut bertemu dengan pemilik salah sebuah pusat hiburan tersebut dan menyoal pemilik pusat hiburan mengenai status lesen pusat hiburan yang beroperasi itu tadi.
Melalui hasil temubual yang dibuat ke atas para aktivis LANDAS Langkawi yang diketuai oleh Encik Ali dan Ustaz Tarmizi, beberapa pusat hiburan disyaki menyediakan khidmat pelacuran. Hal ini kerana ketika tinjauan dilakukan ke atas beberapa pusat hiburan, terdapat wanita-wanita yang berpeleseran dikaki-kaki lima pusat hiburan yang disyaki menunggu pelanggan. Begitu juga wanita-wanita yang berada didalam premis.
Daripada hasil tinjauan pada malam 15 Mei yang berlansung sehingga subuh 16 Mei, Langkawi berhadapan dengan masalah sosial yang kritikal. Dan para aktivis juga mengambil kesempatan melalaui pertemuan dengan EXCO dan YB mempersoalkan mengenai status pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen. Selain itu, para aktivis juga menimbulkan kemusykilan jika berlaku salah laku dalam kalangan penguat kuasa tempatan dalam menjalankan siasatan. Dan kemusykilan ini berasas kerana terdapat pusat hiburan ini beroperasi tanpa lesen bertahun lamanya tanpa boleh dikesan oleh pihak penguasa tempatan.
Ketika ditanya kepada Encik Ali selaku penyelaras LANDAS Langkawi mengenai komitmen para EXCO dan YB pada malam tersebut, beliau dengan berseloroh berkata inilah pemimpin yang kita mahu. Tambah beliau lagi, pemimpin masyarakat mesti tahu masalah rakyat dan kepada YB dan EXCO khususnya di Kedah supaya peka dengan masalah yang diperjuangkan oleh aktivis LANDAS di Langkawi.
Aktivis LANDAS sentiasa terbuka dalam memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam memerangi masalah jenayah dan sosial khususnya di Langkawi.
Diharap selepas ini, aktiviti mendekati golongan sasaran akan terus diperkembangkan dan kerjasama antara aktivis dengan kerajaan negeri boleh lebih dieratkan lagi.
1 ulasan:
Salam YB,Usaha yang baik untuk membenteras gejala sosial di sana..
tetapi dalam tak sedar masalah remaja yang kian merbahaya sudah kian menjadi tanda tanya hampir seluruh [enduduk kawasan setempat apa tindakan pihak berkuasa dan pihak yang memerintah...
Kawasan yang saya maksudkan ialah kawasan Kuala Sala, Jemerlang, Kampung Bahagia sampailah ke Sungai Limau...
Jenayah merempit, ragut, samun serta dadah kian menular hampir dari 5 bulan yang lalu, YB boleh semak rekod kerjasama saya dengan rakancop balai polis Yan mengenai maklumat serta tindakan yang di jalankan.
Jenayah meragut dan menyamun di Jalan Bukit Besar kian menjadi2..sampaikan kes pecah rumah kian kerap berlaku...dalam tak sedar ini melumpuhkan kegiatan bermasyarakat di waktu malam kerana ketakutan... saya harap YB dapat melakukan sesuatu agar masalah jenayah ini dapat di bendung sama sekali...
sekian terima kasih.
p/s Saya nak pulun bekerjasama dengan pihak PDRM dan orang kampung pun tak berapa sangat sebab saya hanya ke kampung bahagia seminggu sekali sebab situ rumah mertua saya. cuma ini sahaja yang mampu saya lakukan..
Catat Ulasan