LANGKAWI - Pada hari Jumaat malam, 1hb Mei 2009 para aktivis LANDAS Langkawi di bawah Urusetia Menagani Gejala Sosial Kerajaan Negeri bersama Pejabat Agama Daerah Langkawi telah turun padang dalam misi dakwah di lapangan. Jumlah aktivis yang turun pada malam itu seramai 40 orang yang terdiri daripada ustaz, pelajar sekolah, ahli PAS kawasan Langkawi dan Ahli Majlis Daerah Langkawi.
Aktivis Landas yang diketuai oleh saudara Mohamad Ali bersama anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah telah turun ke kawasan yang berpotensi menjadi sarang maksiat. Antaranya ialah kawasan Dataran Lang, Karaoke Jeti Point, Disko Langkawi Fair, Taman Lagenda, persekitaran pekan Rabu, kawasan perumahan terbengkalai belakang Kamdar, Disko Top Ten, Dangdut di Nagoya atau Mini Hatnyai Langkawi.
Seramai lebih lapan pasang remaja telah di tangkap pada malam itu kerana berkelakuan tidak senonoh dan berdua-duaan di dalam gelap. Mereka yang di tangkap dan di bawa ke dewan masjid Al Hana Kuah untuk di beri kaunseling dan tazkirah. Ustaz Nordin, ustaz Zahir dan ustaz Ahmad Zakir adalah di antara ustaz-ustaz yang bertanggungjawab dalam sesi kaunseling dan tazkirah tersebut yang bertujuan untuk menyedarkan mereka. Ada di antara mereka yang menangis setelah sedar dengan apa yang mereka lakukan.
Dalam operasi ke dangdut di Nagoya di mana 90% adalah orang melayu, Disko Top Ten, melayu 80%, Karaoke Langkawi Fair 100% melayu, Disko Langkawi Fair 70%, Karaoke Jeti Point 100% melayu. Pada malam itu kebanyakan pusat hiburan penuh sesak, mungkin kerana sempena hari sukan badan-badan berkanun. Kebanyakan pengunjung yang terdiri dari orang melayu juga adalah dari Kuala Lumpur.
Kami sempat berkomunikasi dengan mereka bahawa Langkawi bukanlah pusat maksiat. Selain dari membuat tangkapan, kami juga telah berjaya mengedarkan risalah dakwah. Semoga dengan risalah tersebut terdetik di hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Kami bercadang untuk meneruskan aktiviti ini dua kali semunggu.
Aktiviti ini perlu di teruskan sehingga Langkawi benar-benar menjadi Langkawi yang sejahtera. Kepada exco-exco yang bertanggung jawab ke atas PBT mohon PBT diperkasakan. Semacam tiadak ada tindakan penguatkuasaan. Kami aktivis LANDAS bersedia pada bial-bila masa untuk membantu pihak berkuasa dan kerajaan negeri kedah membersihkan bumi Langkawi dari segala aktiviti maksiat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan