Isnin, 25 Mei 2009

Hiburan: Masyarakat kita semakin lalai dan jauh dari redha Allah

"Rancangan realiti dan seumpamanya memang dicipta oleh yahudi dan nasara untuk menjahanamkan Islam dan umatnya. Ia bermula di US dengan American Idol, dibawa ke Timur Tengah, seterusnya Asia Tenggara di mana wujud ramai umat Islam. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk menjauhkan generasi Islam daripada mengagungkan pencipta mereka iaitu Allah yang Maha Esa.
Hiburan, sukan, kebajikan antara 3 Perkara yg telah diputuskan oleh Persidangan Kristian sedunia pada tahun 1903 di Kaherah untuk dibawa masuk ke negara umat islam untuk melalaikan mereka daripada bertaqwa kepada Allah. Dalam keadaan saudara seagama disembelih sana sini oleh musuh, ramai anak muda dan orang tua tak sedar diri yang mengaku Islam terkinja-kinja di pusat2 hiburan sampai ke pagi.

Tambahan pula para pemerintah sekular menghalalkan perkara sebegini demi keduniaan dan wang ringgit. Dunia mereka hanya hiburan, solat dan urusan agama diketepikan demi keduniaan yang sedang menggila dalam jiwa mereka. Dunia ini, hidup ini sekali sahaja mereka, jadi berseronoklah sepuas-puasnya. Sebaliknya kerana hidup di dunia sekali sahaja inilah kita perlu mencari bekalan untuk kebahagiaan akhirat dengan sebanyak-banyaknya demi kesejahteraan di sana nanti.

Keseronokan dan hiburan ini akan melahirkan kesan lain yang bertali-tali dn tanpa kesudahan yang positif. Jenayah syarak dan sivil seperti penagihan dadah, minuman keras, pendedahan aurat, judi, zina, mencuri dan sebagainya lagi sudah menjadi biasa dan mereka tidak lagi segan dan malu melakukannya, bahkan bangga pula.

Menutup aurat pula hanya ketika ada kematian, majlis-majlis berunsurkan Agama. Itu pun tidak mencapai standard menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran. Ke sekolah memakai tudung, balik ke rumah mengerbang semulal rambut yang berwarna- warni. Bagaimana ingin bersolat, jika air wuduk pun tak sampai ke anggota wajib.Ibadat sudah menjadi adat yang tidak mendatangkan pahala. Sedangkan dalam Islam jika uruf (adat kebiasaan) yang baik kita lakukan, kita akan berpahala.

Akhirnya kita akan kembali ke zaman Jahiliah sebagimana Arab Quraisy sebelum perutusan Nabi Muhammad S.A.W. Sungguh pun begitu, para sejarawan Islam melabelkan masyarakat Arab pada zaman tersebut dengan jahiliah kerana kekufuran mereka bukan mereka jahil dalam serba perkara.Dalam masa yang sama mereka masih mengagungkan adab-adab baik seperti menghormati tetamu, orang tua dan lain-lain.

Tetapi masyarakat Islam hari ini, anak muda terutamanya tiada lagi sifat-sifat menghormati orang tua dan berbudi bahasa mulia.Penguasa agama Islam yang bertugas dengan penuh ikhlas demi mencari keredhaan Allah ditempelak dan dilemparkan kuasa dan maruah mereka ke tong kehinaan, sekaligus melemparkan Islam dan menghina peraturan Allah dan peraturan yang mereka sendiri menciptanya. Masyarakat semakin bersifat individualistik. Tegur menegur bukan lagi darah daging dan budaya baik yang boleh di terima oleh semua orang. Seandainya kita menegur, kita pula dimarahi oleh ibu bapa anak muda dan remaja tersebut. Paling menyakitkan hati, bila anak tersebut menjawab: "ayah saya pun tak pernah marah dan tegur saya, mengapa pakcik sibuk?"

Segala-galanya berkaitan perkara di atas perlu diterap ke dalam jiwa dan prlakuan generasi islam sejak mereka di rumah dan ia merupakan masa yang cukup sesuai, kerana unsur-unsur negatif luar belum meresap ke dalam jiwa mereka.Rasulullah berpesan kepada kita dalam sebuah hadith baginda yang cukup masyhur bermaksud:" Setiap anak yang lahir adalah seumpama kain putih, maka ibu bapanyalah akan mencorak dan menjadikan yahudi, majusi atau nasrani"

Pemerintah juga perlu berperanan untuk mewujudkan generasi al-Quran supaya kehidupan bermasyarakat akan lebih terurus, tenang dan negara lebih sejahtera.Maksud Firman Allah:"Setiap daripada kamu adalah pemerintah, dan setiap pemerintah akan dipersoalkan dengan apa yang ia laksanakan"

Dengan penguatkuasaan undang-undang yang mengikut syariat, terus memperkasakan "man power" dalam perlaksanaannya, ibu bapa turut memainkan peranan penting, masyarakat kembali bermasyarakat dengan membuang sifat individualistik, Insyaallah kita kan sejahtera di dunia dan di akhirat."

Tiada ulasan: