Anugerah Industri Muzik satu program hiburan yang akan diadakan tidak lama lagi turut memilih negeri Kedah sebagai salah satu lokasi jelajah promosinya. Program mempromosikan majlis itu dijangka akan diadakan di salah sebuah kompleks membeli belah di Sungai Petani pada 18 April ini.
Jika program ini diadakan, ia adalah kali ketiga komplek berkenaan melanggar arahan negeri supaya menghentikan sebarang persembahan terbuka. Walaupun acara hiburan itu akan berlangsung di dalam kompleks, rasanya ia adalah tempat terbuka kerana sesiapa saja boleh masuk dan melalui tempat berkenaan. Kompleks membeli belah walaupun nampak tertutup, tetapi ia adalah tempat awam dan bukan lah dewan.
Kita merasakan program-program sebegini tidak sesuai kepada umum ketika masalah keruntuhan akhlak golongan remaja yang semakin kritikal dan menjadi bualan masyarakat.
Sebagai Exco yang bertanggungjawab, saya telah mengarahkan pihak berkuasa yang mengeluarkan permit supaya tidak meluluskan permit atau menarik balik jika telah pun mengeluarkannya untuk program berkenaan.
Saya berharap pihak berkuasa merujuk kembali pekeliling yang telah dikeluarkan dan kita tidak mahu berseubahat dengan program-program yang tidak memberi manafaat ke arah kesejahteraan rakyat negeri Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan